Apa itu UTUS? UTUS ialah UnTaian pUiSi.
Yakni, puisi yang diuntai bersambung-sambung, dengan reaksi kepada puisi sebelumnya.
Yang terkini yang dihasilkan oleh ARUSSun:
SKETSA PIPIT BANGKIT
S.KEnggang dimana pipit dimana
takkan terbang di lapis yang sama
Walau dicuba tiada berguna
pipit kan tewas dalam fitrahnya
kembali merendah sayapnya duka...
CG Wargajagatenggang makan buah
juga segala serangga
haiwan kecil juga mangsa
enggang tak berkira-kira
pipit makan bijirin dan padi
segala jenis sisa berhuma
kala bertenggek silap sekali
tembolok enggang penuhlah ia
AlhaqueKita bukanlah pipit
yang ingin terbang
bersama enggang
mengekori setiap
gerak sayap.
Kita sekadar pipit-pipit
yang mencari daerah sendiri
untuk terbang tinggi
lalu menjadi enggang
di daerah yang berbeza
kerana dunia ini terlalu luas
untuk kita teroka dan rasai
merungkai makna
dengan aqal dan qalbu.
ShaselDua pipit kenit
duduk atas tembok
satu kena picit, satu kena tumbok
satu rasa sakit, satu rasa mabuk
Datang burung helang
hinggap atas tiang
pipit lintang pukang
takut kena ganyang
Enggang melihat dari seberang
tiada sudi menurun padang
derita pipit tiada nilai dagang
pipit memang makanan helang
Hendak menakluk alam terbentang
"ukur baju di badan sendiri,
bukan di badan orang"
enggang meluah pandang
Namun suaranya hilang
ditelan ribut melintang
muncul kini cahaya terang
pipit bangkit terbang girang.
S.KLangit dan bumi milik Ilaahi
pipit dan enggang bebas jelajahi
atas atau bawah bersumber rezeki
kekadang pula hijab menghalangi
terbang enggang tidak lah tinggi
setakat berlegar di awan duniawi...
bagi yang menerokai ingin merasai
tiupan pada aqal, qalbu atau hati nurani
Ilmu dalam makna Dia yang Beri
daerah pipit cahaya menerangi
pipit terangkat ke langit syurgawi...
AlhaqueEnggang pun mula
terbang sebagai pipit
Untuk UTUS-UTUS lain di:
http://abass07.multiply.com/notes/item/7